Powered By Blogger

Isnin, 10 Januari 2011

KOLEKSI LAWAK JENAKA 9


KISAH SERAM

Ini ada satu cerita dari saorang kawan yang bekerja di Petronas Twin Tower.


Last week kawan saya ni balik lewat kerana nak ensure that servers dan PCs di office dia tak kena attack oleh CIH virus. Dia pulang dari pejabat kira-kira pukul 11.00 p.m. Dia bekerja ditingkat 8 bagunan itu dan hendak turun ke groundfloor. Bila dia masuk lift dia tekan G, lift itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35. Bila sampai ditingkat 35 pintu lift itu terbuka dan masuklah saorang gadis yang amat jelita. Dia tidak pernah lihat gadis sejelita itu. Kulitnya putih dan rambut ikar mayang serta berbau sangat wangi. Kawan saya ini berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus kebelakang lift. Sejurus kemudian lift itu pun turun.

Ketika lift itu sedang turun kawan saya ini menikmatilah bau wangi gadis itu. Tetapi tidak lama kemudian lift itu berhenti dan lampu padam kerana black-out. Dia pun meraba-raba mencari butang loceng kecemasan lift itu. Ketika dia sedang maraba-raba itu tiba-tiba dia berbau suatu bau yang amat busuk.

Dalam kegelapan itu kawan saya itu terfikir macam-macam yang amat menyeramkan sehingga keseluruh bulu roma dibadannya berdiri. Lututnya pun makin lemah dan berbagai perkara bergeligar diotaknya. Teringat dia akan keluarganya dirumah dan sebagainya. Peluh dibadan sudah pun keluar dan kepala pun berpinar serasa akan pitam. Bau busuk itu maseh ada. Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali. Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke ground floor. Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh kebelakang untuk melihat samaada lembaga itu maseh ada atau tidak. Rupa-rupanya gadis itu maseh ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak gigi-giginya yang amat cantek sambil berkata "I'm sorry, tadi I terkentut".

Tammatlah satu kesah.



KISAH SEDIH

Ada tiga orang sahabat Ali, Abu dan Mamat, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas, mereka pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi.



Ali: Macam mana ni... rumah kita atas sekali pulak tu?



Abu: Aduhhhh... bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke?



Mamat: Aku rasa, baik kita panjat tangga aje... kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik.



Ali: Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih saja, sebab kalau kita buat cerita lawak,kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa. Biar kita serius dengar cerita.



Mereka pun bersetuju, jadi mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. Ali mula bercerita.



Ali: Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku. Aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku... bla bla bla bla bla...



Punyalah sedih mereka mendengar cerita si Ali hingga meleleh-leleh air mata, sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejapbukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata, kemudian mereka kembali memanjat sambil Abu pula bercerita.



Abu: Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalam kemalangan jalan raya. Aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada masa tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang... bla bla bla bla...



Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih... punyalah lama si Abu bercerita, sedar tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat saja lagi. Sambil melangkah memanjat tangga ke tingkat 56, Mamat mula menyampuk.



Mamat: Alaaaaaa... korang punya cerita tak sedih lagi. Cerita aku lagi sedihhhh punya.



Ali: Kau ada sejarah hidup sedih juga ke?



Mamat: Emmmm... mungkin hari ini dalam sejarah...



Abu: Cerita aje le... kita dah tinggal 4 tingkat je lagi.



Mamat: Aku sedih kerana... KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA....


KISAH LUCU

Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke pertandingan Kriket Dunia di England dengan menggunakan keretapi. Di stesen keretapi lelaki-lelaki Pakistan telah membeli satu tiket setiap seorang, tetapi tiga lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka bertiga.


"Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya satu tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan. "Lihat dan belajar", kata salah seorang lelaki India.

Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang telah di tetapkan sedangkan ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak masuk ke dalam sebuah tandas dan menutup pintu tandas tersebut.

Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk memungut tiket. Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket". Pintu tandas di buka sedikit sahaja, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket kepada kunduktor. Konduktor mengambil tiket tersebut dan berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki India itu memang bijak.

Jadi selapas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki India tersebut dan dapat menjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi mereka hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki-lelaki India langsung tidak membeli tiket!!!

"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu tidak membeli tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan.

"Lihat dan belajar", jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi ketiga-tiga lelaki Pakistan bersesak di dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki India pula mengambil giliran bersesak di dalam sebuah tandas lain yang berhampiran. Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan.

Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju ke tandas dimana lelaki Pakistan sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket". Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengah mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat di mana kawan-kawannya sedang menunggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan