Powered By Blogger

Rabu, 5 Januari 2011

KOLEKSI LAWAK JENAKA 7


KELUARGA 69


Dua orang lelaki, ibrahim dan saad sedang meminum arak disebuah bar...(they never met b4)...

Ibrahim: Makpak aku paksa aku kahwin dengan seorang anak yatim piatu yg aku x pernah jumpa & kenal..aku tak mau sbb aku cuma nk kawin dgn org yg aku cinta..tapi sbb x mau jadi anak derhaka, aku kawin jgk...la ni, mcm2 masalah family aku dapat...

Saad : Huh!! Ni, hng dengaq pulak masalah aku....3 tahun aku becinta dgn sorang janda..lepas tu kami kawin arr..2 tahun lepas tu pulak, bapak aku sudah jatuh cinta dgn anak tiri aku...tup..tup lepa kawin...jadi, pak aku jadi la menantu aku..aku pulak jadi pak mentua pak aku..hang paham ka apa aku cerita ni?

Ibrahim: (sambil meneguk ayaq Jack Daniel) Paham..paham..

Saad : So, anak tiri aku tadi dah jadi mak tiri aku...(sambil mencucuh rokok cap sempurna)..pas tu pulak,bini aku jadi opah aku la...Nak jadi bertambah celaru lagi, bila aku dpt anak laki-laki..anak laki aku tu jadi adik pak aku la pulakkk..jadinya dia tu pak sedara aku laaaa...

Ibrahim :(terus merapatkan dirinya kepada saad dan tambah bersemangat lagi nk dengar kesudahan cerita saad)..Pas tu?

Saad : Keadaan bertambah kacau bilau lagi bila pak aku dapat anak laki-laki..la ni, anak pak aku tadi, adalah adik aku..hang paham ka?

Ibrahim : Paham..pahamm

Saad : Dlm erti kata lain jugak, adik aku tu sebenarnya cucu aku...kesimpulannya, akulah datuk dan aku jugak lah cucu..betoi ka mcm tu? hng tulong pikiaq sat kt aku..sapa abg long, sapa pak long sapa makngah, sapa opah, sapa atok...


Sumber : http://lawakjenaka.com


TERSALAH HANTAR EMAIL


Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

sumber :http://asrirayrock.blogspot.com


KISAH DUA ORANG PEMBOHONG


samuel jackson-"harryson,esok kau boleh tolong aku?"

harryson-"apa yang aku boleh tolong"

samuel jackson-"aku penat la nak menebang pokok cili belakang rumah aku,dari minggu lepas aku tebang tak tombang2"

harryson-"besar sngat ka pokok cili kau tu??"

samuel jackson-"kalau kau berjalan keliling pokok cili tu pagi kau mula petang baru kau habis mengililingnya"

harryson-"Oooo besar betul pokok cili kau ya,kalau mcm tu minggu depan aku tolong kau"

samuel jackson-"kenapa minggu depan pula?"

harryson-"sebab aku nak ambil kerbau aku untuk tarik pokok cili kau tu"

samuel jackson-"kenapa esok tak boleh ke?"

harryson-"tak boleh,dari hujung tanduk ke hujung tanduk kerbau aku terpaksa bejalan seminggu"

Sumber : http://lawakjenaka.com


UPIN DAN IPIN


Dua pelajar sekolah rendah upin dan ipin menceritakan tentang kehebatan bapa masing-masing.

UPIN: kau tahu sungai di amazon?

IPIN: ha kenapa?

UPIN: bapa aku la yang menggalinya menjadi sungai.

IPIN: tak berapa hebat tu...

IPIN: kau tahu laut mati?

UPIN: aku tahu..

IPIN: bapa aku la yang membunuhnya.


Sumber : http://lawakjenaka.com


BUNTING GAJAH


Seorang lelaki yang badannya gendut naik keretapi. Penumpang pada ketika itu sangat penuh maka lelaki gemuk itu terpaksa berdiri. Tiba2 die berasa ada yang menyonggolnya lalu lelaki itu pun melihat ke belakang. Ooo… ada seorang ibu hamil sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka lelaki gemuk itu bertanya…

Lelaki Gemuk : Hai, akak bunting ya?
Ibu Hamil : Takdelah! Sudah tahu tanya lagi. (kata wanita itu yang kesal dengan cara lelaki tersebut bertanya).
Lelaki Gemuk : Isinya orang ya kak?
Ibu Hamil : Ya! (dengan nada bengang lalu dia pula bertanya), Encik pun bunting ya?
Lelaki Gemuk : Ya! Hahahahaaa!!!
Ibu Bunting : (kerana berasa jawapan lelaki itu tidak sopan, die pertanyaannya), Isinya orang ya?
Lelaki Gemuk : Bukan, isinya anak gajah! Hahahaa!!
Ibu Buting : (Terkejut, lalu ketawa juga, hahahaa)
Lelaki Gemuk : Laa kenapa akak ketawa?
Ibu Bunting : Oh isinya anak gajah ya, patutlah belalainya terkeluar. (sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)

Sumber : http://lawakjenaka.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan