Powered By Blogger

Ahad, 23 Januari 2011

KOLEKSI LAWAK JENAKA 11

SAKIT JIWA


Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"


ABANG AKU SELALU BUAT


Pada suatu hari, adalah dua orang rakan karib menaiki keta. Keta itu dipandu dgn lajunya... setibanya di satu Traffic Light, kelihatan lampu traffic light berwarna Merah. Si pemandu nie tadi dengan selambanya memecut tanpa menghiraukan lampu merah tadi. Kawan kat sebelah dia cemas gila lalu bertanya."Hei mat kau tak nampak ke lampu Merah tadi?!!"
Mamat menjawab "Jangan takut abang aku selalu buat".

Selang beberapa kilometer keta ini tiba di satu traffic light, lagi lampu traffic light itu Merah. Tanpa segan silu mamat memecut laju. Kali nie member Mamat tadi lagi bertambah cemas gila-gila-gila babi lalu memarahi si Mamat tadi. "Lagi sekali kau buat macam tu aku nak turun tak kira!!!!" mamat dgn selambanya menjawab "Jgn. takut abang aku selalu buat"
selang beberapa kilometer, keta nie sekali lagi tiba di satu traffic light. Secara mengejut mamat memberhentikan ketanya dgn diikuti kokokkan tayar "SKREET......".

Member mamat nie terus berkata, "Hei! mamat, kau dah gila ke? kan lampu traffic light tu Hijau"

Nak tau apa yang si mamat nie jawab............ "aku takut abang aku akan lalu jalan yang satu lagi..."




KENAPA CHEWING GUM DIHARAM DI SINGAPORE

Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie. Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang , apa orang Thailand buat dengan kulit udang?

Raja Siam jawab: "kami tak buat apa.kami buang aje"
PM Singapore: "ooo kat Singapore , kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand?"
Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore Tanya lagi "Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?"
Raja Siam jawab "kami tak buat apa,kami buang aje"
PM Singapore: "ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand"
Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun Tanya "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?" Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami! buang aje"
PM Singapore: "ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand"
Raja Siam plak Tanya: "apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?"
PM Singapore jawab:" kami tak buat apa, kami buang aje."
Raja Siam: "ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore"

Erk! muka PM Singapore jadik merah padam dan sebaik saja PM Singapore balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan