Powered By Blogger

Selasa, 4 Januari 2011

KOLEKSI LAWAK JENAKA 6

ANAK SIAPA

Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan
Robert,
Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak
kecil lagi.
Suzy :Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah :Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali
Robert.
Suzy:Tapi mengapa?
Ayah :(Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu.Tapi,
jangan beritahu ibumu ye! Terkejut dengan jawapan itu,suzy pergi pula kepada
ibunya.
Suzy :Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu :Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa
yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi :Tapi kata ayah, Robert itu abang saya.Adik beradik kan tak boleh
kahwin.
Ibu :(Separuh berbisik) Hmmm….Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy :Ha!!??


BUDAK, LELAKI TUA DAN COKLAT


Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga. Datang seorang budak kecil duduk disebelah. Si budak mengeluarkan cokelat dari poket lalu menjamahnya. Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi. Si tua memerhatikan sekian lama. Apabila budak kecil mula hendak makan cokelat yang ke-10, dia mencelah, "Nak, pakcik nak bagi nasihat sikit" Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri. "Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi rosak!" Si budak berkata,"Datuk saya ada nasihat juga." "Dia pun kata jangan makan makanan ringan?" "Tak. Dia kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN


Sumber : http://www.lawakceritakelakar.blogspot.com/


KEK HARI JADI

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek
sempena hari jadi isterinya.
‘Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini,encik?’ tanya si gadis
manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.

‘Mmmm, tulis saja ‘Sayang tidak bertambah tua’ di bahagian atas,
kemudian sambung dengan ‘Sayang cuma bertambah cantik’ di bahagian bawah,
kata lelaki itu. Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya
itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya
yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka
di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan
ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

‘SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH.’

Sumber : http://blogs.iium.edu.my


CUCU DAN ATOK


"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.
Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???" (Atok marah tahap tertinggi)
Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain."
Atuk: "Tak sama apanyerr???"
Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?"
Atuk: "?...?...?...?...?...?"

Sumber : http://www.lawakceritakelakar.blogspot.com/


KISAH DUA EKOR BURUNG

Di sebuah kedai menjual burung, terdapat 2 ekor burung kakak tua.
Kedua burung itu berbeza, yang satu suka bernyanyi dan yang satunya lagi
hanya diam saja, datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua.Ia berkata
kepada si penjual burung.
Pembeli :Berapa harga burung kakak tua ini…??
Penjual: Kalau yang suka menyanyi itu $500, sedangkan yang diam itu $1000.
Pembeli: Ahhh…?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah dari yang diam.
Penjual: Yaa…memang berbeza, yang berharga $1000 itu ialah pencipta
lagunya.

Sumber : http://blogs.iium.edu.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan