Powered By Blogger

Rabu, 15 Disember 2010

ZAMAN SEKOLAH / SCHOOL DAYS


Aku bersekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Gelugor di Pulau Pinang dari tahun 1982 hingga 1985. Sebelum itu aku bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Jelutong Barat 1 dari tahun 1980. Semasa aku di dalam darjah 3 di sekolah tersebut, keluarga aku telah berpindah ke Gelugor di kawasan perumahan Taman Tun Sardon. Aku menyambung persekolahan sehinggalah ke tahun 1985. Kemudian aku meneruskan pengajian aku dalam Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Glugor (sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Datuk Haji Mohd Nor Ahmad) sehingga tahun 1990. Selepas keputusan SPM aku meneruskan pembelajaran aku di Sekolah Abdullah Munshi dalam tingkatan 6 Bawah dan 6 Atas.

I studied a Bukit Gelugor Primary School in Penang from 1982 to 1985.Before that I went to West Jelutong Primary School from 1980. When I was in the Standard Three at the school, my family moved to Gelugor. The housing area were called Taman Tun Sardon. I continue schooling up to 1985 there. Then I continued my studies in Form One at Glugor High School (now known as Datuk Haji Mohd Nor Ahmad High School) until 1990. After SPM I continued my education at Sekolah Abdullah Munshi in Lower and Upper Six.




Aku dalam bulatan kuning. Gambar ini di ambil pada tahun 1982 ketika aku dalam darjah 3 Kuning. Guru Kelas kami ialah Puan Yang.

Me sitting number 2 from right (in yellow circle). This picture was taken in 1982 when I was in Standard Three. Our Class Teacher is Mrs Yang.

Inilah ialah pentas perhimpunan. Semasa zaman aku tidak ada semua ni.

The assembly stage.



Semasa aku dalam darjah 3 sehingga darjah 5 kelas aku adalah di bangunan ini.

My class situated at this building.




Kelas no 2 dari kanan (tingkat atas) ialah kelas aku semasa dalam darjah 5. Kanan bawah ialah bilik doktor tempat yang paling menyeramkan kepada pelajar-pelajar ketika itu.

My class (standard six) situated no 2 from right (first floor). The dentist room situated at the right on ground floor.



Aku (kiri) ketika dalam Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Glugor (sekarang dikenali dengan nama Sekolah Menengah Datuk Haji Mohd Noor Ahmad).

Me at the left in Glugor High School (now known as Datuk Haji Mohd Noor Ahmad High School).

1 ulasan:

  1. Nama saya Tigendran boleh dapat gambar tahun 1994 sampai 2001 1 intan sampa 6 intan I'm miss my all childhood friends 😢😭😭😭

    BalasPadam