Powered By Blogger

Ahad, 12 Disember 2010

DIRI AKU DARI KECIL HINGGA KINI / FROM BABY TILL NOW.


SERBA SEDIKIT PERJALANAN HIDUPKU /
A LITTLE BIT ABOUT MYSELF












Oklah dalam blog aku ini, aku nak ceritakan serba sedikit tentang diri aku.. Aku nie adalah anak sulung dari 3 beradik ... Aku dilahirkan di Rumah Sakit Bersalin di Ipoh, Perak ... ketika umurku 45 hari iaitu ketika emakku habis pantang melahirkan aku ... emak dan bapa aku bawalah aku ke Pulau Pinang menaiki keretapi pasal arwah bapaku ketika itu sudah dapat kerja tetap di Penang Port Sdn. Bhd (dulu Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang) ... Di sana kami tinggal bersama keluarga arwah bapaku di Kampung Baru, Ayer Itam ... Selepas lebih kurang 4 tahun di sana, kami pindah dan menyewa sebuah rumah kampung di Kampung Pisang Awak, Jelutong ... Di Jelutong, aku dan adik aku Johan bersekolah di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Jelutong Barat 2 sehingga aku dalam darjah 3 dan adik aku tu darjah 2 ... Kemudian kami berpindah di Gelugor di mana arwah bapa aku mendapat sebuah rumah flat di sana ... Kawasan perumahan itu di panggil Taman Tun Sardon ... Di sana aku menyambung persekolahan sehingga darjah 6 di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Gelugor dan di peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Glugor (sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Dato' Haji Mohd Noor Ahmad) sehingga tingkatan 5... kemudian aku menyambung belajar di Sekolah Abdullah Munshi di Jalan Counter Hall dalam tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas ... Selepas habis STPM, aku dan keluarga berpindah di Taman Seri Wang, Sungai Petani di Kedah iaitu dalam tahun 1993 ... Jadi sampailah sekarang aku menetap di Kedah ... Mungkin kami akan menetap sampai akhir hayat di Kedah ... Jadi pendek kata hampir 20 tahun aku dibesarkan di Pulau Pinang jadi aku tahu jugaklah serba sedikit tentang Pulau Pinang nie ...

In this blog, I want to tell a little bit about myself .. I was the eldest of three siblings ... I was born at the Maternity Hospital in Ipoh, Perak ... when I was 45 days ... my mother and my father take me to Penang by train as he got a job in Penang Port Sdn. Bhd (formerly the Penang Port Commission) ... There we stayed with my father’s family at Kampung Baru, Ayer Itam ... After about four years there, we moved and rented a house in the village of Kampung Pisang Awak, Jelutong ... In Jelutong, me and my brother Johan studied at West Jelutong Primary School ... Then we moved on to Gelugor where we got a flat house there ... The housing area were call Taman Tun Sardon ... There, I continue schooling up to Class 6 in the Bukit Gelugor Primary School and in secondary schools in Glugor High School (now known as Dato 'Haji Mohd Noor Ahmad High School ) up to form 5 ... Then I continued to study at the Abdullah Munshi School in Counter Hall Road in Lower and Upper Six ... After my STPM in 1993, we moved toTaman Seri Wang, Sungai Petani in Kedah,... So now I am living in Kedah ... Maybe we'll stay until the end of our life in Kedah ... So in short, almost 20 years I grew up in Penang, I know little bit about Penang ...

KARAKTER AKU / MY CHARACTER

Well kau orang semua dah tahukan nama aku ... Kalau yang tak terperasan ... Aku beritau sekali lagi ... Nama aku ialah Mohd Johari Bin Mohd Khairi ... lahir pada 7 Ogos 1973 di Ipoh, Perak ... Aku nie simple saja orangnya ... aku tak pandai bergaya dan aku pun bukan seorang yang selekeh ... aku bukanlah seorang yang kacak dan dapat memikat mana-mana gadis ... aku bukan seorang yang cerewet dalam memilih seorang teman hidup ... bagi aku kecantikan luaran seorang gadis itu tidak penting sangat ... apa yang lebih utama ialah kecantikan yang ada dalam hatinya ... apalah gunanya rupa yang cantik tapi dalam masa yang sama dalam hatinya tersimpan perasaan iri hati dan sifat negatif yang bukan-bukan ...

I'm just a simple man. I do not know how to style and I am not a shabby. I'm not a handsome man whose can lure any girl. I am not a picky in choosing a life partner. For me, the outer beauty of a girl is not very important. What is more important is the beauty that is in her heart

Tiada ulasan:

Catat Ulasan