Powered By Blogger

Ahad, 19 Disember 2010

TEKA-TEKI 1

Soalan :

1) Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
2) Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 & bila tua pula berkaki 3?
3) Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
4) Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?
5) Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?
6) Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya?
7) Apabila suami dapat, maka ist erinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah itu?
8) Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?
9) Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
10) Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?


Jawapan :

1) Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
2) Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.
3) PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.
4) Ayam jadi banyaklah bilangannya..
5) Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau, sedang profesor memikir untuk masa depan.
6) Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.
7) Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.
8) Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.
9) Spedometer bas lah...
10) Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris, "Kang" adalah perkataan Jawa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan