Powered By Blogger

Sabtu, 1 Januari 2011

SELAMAT TAHUN BAHARU 2011

SELAMAT TAHUN BAHARU 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengikut-pengikut blog saya. Hari ini 1 Januari 2011, kita telah memasuki tahun baharu. Tanpa kita sedari, semakin kita memasuki ke tahun baharu, semakin meningkat umur kita dan semakin dekatlah kita kepada ajal kita. Ada orang seronok menyambut tahun baharu. Sanggup keluar malam ke tempat-tempat awam untuk menyambutnya. Ada pula yang gelisah apabila tibanya tahun baharu. Di samping terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak untuk persekolahan anak-anak (bagi yang telah berkahwin dan mempunyai anak)terpaksa juga mencari sumber pendapatan tambahan untuk menampung perbelanjaan harian di ketika kenaikan harga barangan keperluan dewasa ini. Walau apa pun yang anda terpaksa hadapi, hadapilah ia dengan tabah dan sabar kerana di sebalik semua ini terselit hikmah yang tidak kita ketahui.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BAHARU MASIHI 2011 DAN SELAMAT TAHUN BAHARU HIJRAH 1432 (rasanya masih belum terlambat) kepada semua. Dan saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka-mereka yang melayari blog saya ini. Saya berharap anda semua dapat memberi sokongan kepada saya melalui blog ini dengan mendaftar sebagai pengikut / follower. Dan janganlah lupa untuk mengklik iklan-iklan yang tersedia dalam blog ini kerana dengan mengkliknya, dapatlah saya sedikit duit poket untuk memberi semangat kepada saya meneruskan penghasilan blog ini. Di samping itu saya juga memerlukan komen dan cadangan dari anda semua untuk menjadikan blog ini menarik dan happening. Kerjasama anda semua amat-amat saya perlukan. Terima Kasih.

Di bawah ini saya sertakan dua rangkap pantun untuk anda semua.


Nasi dagang ikan cencaru,
Makanan orang di Pantai Timur,
Selamat Menyambut Tahun Baharu,
Semoga hidup aman dan makmur,

Anak kucing bermata biru,
Anak ayam tak ada bulu,
Selamat Menyambut Tahun Baharu,
Sudah tercapaikah azam yang dulu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan