Powered By Blogger

Jumaat, 17 Disember 2010

PANTUN NASIHAT BUAT PENGANTIN-PENGANTIN BARU

Sekarang dah cuti sekolah jadi ramai la yang buat majlis kenduri kahwin. Kepada mereka-mereka yang sudah menjadi raja sehari, di bawah ini aku sediakan pantun buat kau orang semua.

Pengantin segak berbaju biru,
Atas pelamin asyik berangan,
Ku ucap SELAMAT PENGANTIN BARU,
Semoga bahagia kedua pasangan,

Pengantin lelaki berbaju jingga,
Nampak segak, tampan dan lawa,
Ku ucap SELAMAT BERUMAHTANGGA,
Semoga kekal ke hujung nyawa,

Kedua mempelai nampak berseri,
Sedondon pakaian si merah hati,
Kini kau sudah bergelar isteri,
Tugas yang berat sedang menanti,

Bawah khemah pengantin berteduh,
Siap berkeris juga bertanjak,
Kini kau sudah bertemu jodoh,
Rancanglah hidupmu hai dengan bijak,

Jemputlah tuan jamah makanan,
Silalah duduk janganlah malu,
Pada sang isteri ku tinggal pesanan,
Sayangilah suami taati selalu,

Pada si dia hati terpikat,
Ijab dan kabul buktinya cinta,
Hidup berdua mesti sepakat,
Elakkan dari segala sengketa,

Tak kira miskin dan juga kaya,
Ke rumah kenduri menjamu selera,
Hidup berdua saling percaya,
Tabah hadapi segala gelora,

Sungguh segak suami idaman,
Atas pelamin tersipu malu,
Supaya hidup berdua aman,
Bertolak ansur amalkan selalu,

Sanak saudara jauh dan dekat,
Ke rumah pengantin itu matlamat,
Supaya hidup mendapat berkat,
Sabar dan setia jadikan azimat,

Semoga majlis mendapat rahmat,
Doa dari para tetamu,
Supaya kasih bertambah nikmat,
Solat berdua jangan kau jemu,

Atas pelamin diam membisu,
Dua pengantin nampak sepadan,
Usah bertindak mengikut nafsu,
Kelak menyesal merananya badan,

Dari Penang ke Negeri Sembilan,
Tol sempadan banyak kau redah,
Hidup berdua seiring sejalan,
Saling membantu bawa faedah,

Nasi dalca dan sambal kuini,
Buat hidangan suami dan isteri,
Terimalah pantun dariku ini,
Buat pengantin raja sehari,

Layan tamu tak sempat berehat,
Datangnya dari jauh dan dekat,
Pantun ini sekadar nasihat,
Ikhlas dari si abang angkat,

KELUARGAKU / MY FAMILY

Adikku Jamilah dan anaknya Nur Alisya Fatihah.

My sister Jamilah and his daughter.



Adikku Johan dan isterinya Azian.

My brother Johan and his wife Azian.


Aku


Emak aku Puan Rohani bt Arshad

My mother Mrs Rohani Arshad



Arwah ayah aku Mohd Khairi b. Abd Aziz

My late father Mohd Khairi b. Abd Aziz


Khamis, 16 Disember 2010

Rabu, 15 Disember 2010

ZAMAN SEKOLAH / SCHOOL DAYS


Aku bersekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Gelugor di Pulau Pinang dari tahun 1982 hingga 1985. Sebelum itu aku bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Jelutong Barat 1 dari tahun 1980. Semasa aku di dalam darjah 3 di sekolah tersebut, keluarga aku telah berpindah ke Gelugor di kawasan perumahan Taman Tun Sardon. Aku menyambung persekolahan sehinggalah ke tahun 1985. Kemudian aku meneruskan pengajian aku dalam Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Glugor (sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Datuk Haji Mohd Nor Ahmad) sehingga tahun 1990. Selepas keputusan SPM aku meneruskan pembelajaran aku di Sekolah Abdullah Munshi dalam tingkatan 6 Bawah dan 6 Atas.

I studied a Bukit Gelugor Primary School in Penang from 1982 to 1985.Before that I went to West Jelutong Primary School from 1980. When I was in the Standard Three at the school, my family moved to Gelugor. The housing area were called Taman Tun Sardon. I continue schooling up to 1985 there. Then I continued my studies in Form One at Glugor High School (now known as Datuk Haji Mohd Nor Ahmad High School) until 1990. After SPM I continued my education at Sekolah Abdullah Munshi in Lower and Upper Six.




Aku dalam bulatan kuning. Gambar ini di ambil pada tahun 1982 ketika aku dalam darjah 3 Kuning. Guru Kelas kami ialah Puan Yang.

Me sitting number 2 from right (in yellow circle). This picture was taken in 1982 when I was in Standard Three. Our Class Teacher is Mrs Yang.

Inilah ialah pentas perhimpunan. Semasa zaman aku tidak ada semua ni.

The assembly stage.



Semasa aku dalam darjah 3 sehingga darjah 5 kelas aku adalah di bangunan ini.

My class situated at this building.




Kelas no 2 dari kanan (tingkat atas) ialah kelas aku semasa dalam darjah 5. Kanan bawah ialah bilik doktor tempat yang paling menyeramkan kepada pelajar-pelajar ketika itu.

My class (standard six) situated no 2 from right (first floor). The dentist room situated at the right on ground floor.



Aku (kiri) ketika dalam Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Glugor (sekarang dikenali dengan nama Sekolah Menengah Datuk Haji Mohd Noor Ahmad).

Me at the left in Glugor High School (now known as Datuk Haji Mohd Noor Ahmad High School).

Selasa, 14 Disember 2010

ZAMAN SERONOK / ENJOYING MOMENTS

Aku di kanan manakala adik aku Johan di kiri.

Me sitting at the right and Johan at the left.


Aku berdiri di kanan, Johan di sebelah aku. Mak aku berbaju biru di belakang, adik aku Jamilah tersepit di sebelah aku, makcik aku dan arwah datuk aku.

Me standing at the right and Johan besides me. My mother at the back with my sister Jamilah, my auntie and my late grandfather.

Aku duduk di kanan. adik aku Jamilah di sebelah dan Johan di kiri. Emak aku duduk di kiri, makcik aku dan arwah datuk aku.

Me sitting at the right, Jamilah besides me, Johan at the left. My mother sitting at the left (back), my auntie besides her and my late grandfather.



Aku berdiri di belakang bersama emak aku dan adik aku Jamilah di sebelah aku. Adik aku Johan duduk di kiri dan di sebelahnya sepupu kami Fazlina.

Me standing at the right with my mother and my sister Jamilah besides me. Johan sitting at the front with our cousin Fazlina.

Aku di kanan sekali, adik aku Johan, kakak angkat kami kakak Ina dan Jamilah di kiri.

Me at the right and Johan besides me. Jamilah at the left and our adopt sister kak Ina.

Isnin, 13 Disember 2010

KLIP VIDEO DIRI AKU / MY VIDEO CLIP.


AKU DI DALAM VIDEO ...



Untuk melihat melalui youtube, klik link ini :

For English Version just click this link :

Dalam klip video ini aku memasukkan gambar-gambar aku dari ketika aku masih bayi sehinggalah sekarang. Aku menggunakan perisian Windows Movie Maker dalam penghasilan klip video ini. Aku harap kau orang semua terhibur menontonnya. Kalau tak puas menonton melalui blog aku ini, kau orang semua boleh menontonnya melalui Youtube. Linknya aku dah sediakan di atas.

In this clip I insert my pictures from when I was a baby until now. I use Windows Movie Maker to make this video clip. If you are not satisfied watching it through this blog, you can watch through Youtube. I already provided the link above.

ZAMAN DULU-DULU / THE OLD DAYS.


Aku di kanan sekali. Sebelah aku ialah sepupu aku Shaiful Lizan dan kiri sekali ialah adik aku Johan.

Me sitting at the right. My cousin sitting beside me and my younger brother Johan sitting at the left.


Aku duduk di tengah. duduk di kiri ialah adik aku Johan dan Shaiful Lizan sepupu aku duduk di kanan.

Me sitting at the middle. My cousin sitting at the right and my younger brother sitting at the left.



Aku duduk di kanan. adik aku di kiri. Arwah ayah aku dan emak aku berdiri di belakang.

Me sitting at the right and Johan sitting besides me. My late father and my mother standing at the back.


Aku ketika bayi. Nampak tembam macam orang sekarang kata chubby.

Me when was baby.